Follow us on Facebook

Visi Misi & Nilai

                                                                   Visi Misi & Nilai




1. Mesti Ada Wawasan atau Visi

Wawasan atau Visi adalah SEGALA-GALANYA. Apa perkara pun anda lakukan dalam kehidupan ini memerlukan anda mempunyai gambaran akhir yang perlu anda capai.

Tanpa sebarang gambaran akhir yang jelas atau visi (vision) yang anda mahu capai dalam pemasaran rangkaian, bisnes anda akan gagal.



Kenapa? Visi adalah satu bentuk penyataan ke mana anda harus bawa perniagaan ini. Visi mampu membentuk cara kerja anda. Tanpa visi yang jelas, anda akan sentiasa hilang arah, hilang inspirasi, hilang fokus dan akhirnya akan hilang komitmen terhadap bisnes ini.


Tanya diri anda sendiri, adakah anda mempunyai sebarang visi atau gambaran akhir tentang arah tuju bisnes anda? Kenapa anda melakukan bisnes?


WHY? Mempunyai wang yang banyak bukanlah visi akhir perniagaan anda. Apa yang akan dilakukan dengan wang tersebut merupakan visi atau gambaran akhir yang diperlukan oleh anda. Ingat! Gambaran atau visi tersebut mesti sejelas kristal di fikiran anda

========================================================================
Visi kami agak mudah. 



Kami bekerja setiap hari untuk membantu insan menjalani 

kehidupan yang lebih baik. Kami mencapai wawasan kami 

dengan membantu insan di mana-mana untuk menemui 

potensi mereka dan mencapai matlamat mereka dengan 

menawarkan jenama dan peluang yang lebih baik untuk 

masa depan dan dengan berkongsi dengan masyarakat 

global.




Untuk membantu kami merealisasikan visi kami, kami mempunyai enam nilai yang lama bertahan yang merupakan asas membina perniagaan itu.
  1. Perkongsian dibina di atas konsep perkongsian di antara pengasas kami.
  2. Perkongsian yang wujud di kalangan keluarga pengasas, pekerja dan pemilik perniagaan adalah milik kami yang paling berharga. 
  3. Kami sentiasa mencuba untuk melakukan apa yang terbaik demi kepentingan jangka panjang rakan kongsi kami dengan cara yang meningkatkan kepercayaan dan keyakinan. 
  4. Integriti adalah penting bagi kejayaan perniagaan kami. Kami lakukan apa yang betul, bukan sekadar apa yang "berfungsi." Kejayaan diukur bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi rasa hormat, kepercayaan dan kredibiliti yang kami peroleh. 
Nilai Peribadi 


Kami juga mengakui keunikan yang dicipta dalam diri setiap individu. Setiap orang wajar dihormati, dan berhak mendapat layanan yang adil dan peluang untuk berjaya sehingga ke tahap potensi mereka yang sepenuhnya.


Pencapaian 


Kami adalah pembina dan penggalak. Kami berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua yang kami lakukan. Fokus kami ialah kepada penambahbaikan , kemajuan dan pencapaian matlamat individu dan kumpulan yang berterusan. Kami menjangkakan perubahan, bertindak pantas terhadapnya, bertindak untuk menyiapkan kerja dan mendapat manfaat daripada pengalaman kami. Kami menggalakkan kreativiti dan inovasi.


Tanggungjawab Peribadi 


Setiap individu bertanggungjawab untuk mencapai matlamat peribadi, serta memberikan 100 peratus usaha dalam membantu mencapai matlamat korporat atau pasukan. Dengan membantu orang menolong diri mereka sendiri, kami melanjutkan potensi untuk kejayaan individu dan dikongsi bersama. Kami juga mempunyai tanggungjawab untuk menjadi warganegara yang baik dalam masyarakat di mana kami tinggal dan bekerja.


Perusahaan Bebas 

Kami bangga menyokong kebebasan dan perusahaan bebas. Kemajuan ekonomi manusia adalah jelas terbukti terbaik dicapai dalam ekonomi pasaran bebas.





No comments:

Post a Comment