Follow us on Facebook

The Philosophy

Philosophy pertama: People Helping People.

Seminar pertamanya pada Jun 2008 hanya dihadiri sembilan orang. Itu di Pulau Pinang. Di Melaka pula 16 orang, itupun separuh daripadanya adalah ahli keluarga yang datang menyokong.
Namun semangatnya tidak seinci pun luntur, bahkan berkobar-kobar demi sebuah perkongsian. Setahun kemudian, seminarnya dihadiri 4,500 peserta dan mencatat rekod tertinggi pada Jun 2014 apabila dipenuhi lebih 8,000 orang yang ingin berkongsi ilmu.
Memang setiap kali di dalam seminar, dia tidak pernah lupa bercerita mengenai ‘perkongsian’ dan ‘membantu’.
“Di dalam persepsi Islam, sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada ramai orang. Bukankah hidup ini untuk kita saling memberi nilai di antara satu sama lain?”
“Dalam perspektif bisnes ia dipanggil ‘social entrepreneurship’, dalam mencari keuntungan kita membantu memperbaiki kehidupan orang lain. Seperti Henry Ford mencipta kereta, Bill Gates melahirkan perisian komputer, itu semua untuk manfaat manusia.”
“Dalam lingkungan hidup, kita saling memerlukan. Contohnya orang jual nasi lemak setiap pagi, dia menyelesaikan masalah mereka yang tidak sempat menyediakan sarapan. Mana tahu dengan nasi lemak itu, pembeli lebih fokus bekerja atau membahagiakannya,” panjang lebar Dr Azizan Osman membuka kata.
Pengasas Richworks International Sdn Bhd yang juga mentor kepada ribuan usahawan ini turut memberi satu lagi contoh mekanik kereta. Kehadiran mekanik ini banyak membantu mereka yang bermasalah dengan kenderaan masing-masing.
“Kita sendiri boleh belajar membaiki kereta tetapi sudah pasti mengambil masa untuk mahir. Jadi mekanik itu membantu kita menjimatkan masa dengan servisnya. Simple!” katanya.
Penulis buku Hidup Luar Biasa ini mengakui betapa kuatnya kuasa berkongsi yang mampu meningkatkan nilai hidup orang lain.
Disebabkan itu juga, Azizan, 40, lebih senang menganjurkan seminar yang mampu mengumpul ramai orang pada satu masa untuk satu perkongsian.
“Bisnes wujud dan diuruskan oleh manusia dan yang membeli produk juga manusia. Segalanya di sekitar kita, bisnes oleh manusia untuk manusia.”
“Bagaimanapun sebelum belajar bisnes, belajar dulu mengenai manusia dirinya, karakter, tingkah laku, emosi, kekuatan, kelemahan dan sebagainya.”
“Paling penting kenali diri sendiri terlebih dulu sebelum mengenali diri orang lain, barulah mudah untuk kita berurusan,” katanya yang banyak menekankan potensi diri yang ada di dalam setiap individu.
Mengenal karakter
Berkali-kali dia tekankan seminarnya bukan untuk mereka memulakan bisnes semata-mata tetapi membantu membentuk pemimpin yang baik dalam membina kehidupan luar biasa di dunia dan akhirat.
“Selama lebih tujuh tahun saya mengadakan seminar percuma atau setidak-tidaknya dengan caj yang minimum kerana saya percaya tanggungjawab dalam ‘social entrepreneurship’ ke arah ‘memberi balik’ kepada masyarakat terutama Melayu yang tertinggal jauh dari segi ekonomi dan kewangan serta menghadapi masalah terlalu sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk keluarga,” katanya.

No comments:

Post a Comment